Keadaan bangunan dan persekitaran pembelajaran sekolah agama UTM kelihatan kurang memuaskan. Diharap tindakan dapat diambil untuk menaiktaraf bangunan dan persekitaran sekolah agama ini setaraf dengan kedudukannya dalam UTM sebagai world class university. Persekitaran yang selesa dan fasiliti yang sempurna dapat meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dan terus berjaya.