Sesuatu yang perlu disedari berkenaan pembaziran makanan yang berlaku setiap kali program besar berlangsung di UTM. Untuk mengelakkan pembaziran tersebut, dicadangkan Penggunaan Kupon Makanan menggantikan sistem sedia ada di kampus.

Kebaikan:
1. Mengelak pembaziran makanan dan menjimatkan peruntukan jabatan.
2. Peserta/mahasiswa boleh memilih menu makanan mengikut selera masing-masing di mana-mana arked makanan dalam UTM.
3. Mengurangkan jumlah bungkusan plastik makanan semasa program demi kelestarian kampus.

Kaedah:
1. Pihak UTM memberikan kupon makanan kepada peserta program selepas majlis tamat.
2. Peserta boleh menebus kupon di mana-mana arked makanan mengikut nilai tertentu.
3. Operator gerai makanan akan kumpulkan kupon dan tuntut amaun sebenar daripada pihak UTM sebelum tarikh luput.