Saya ingin mencadangkan UTM mewujudkan ‘Alma Mater Day’, sama ada salah satu hari dalam seminggu atau satu hari dalam sebulan. Sebagai contoh, pada Hari Selasa setiap minggu pertama, staf digalakkan memakai pakaian atau aksesori universiti/kolej masing-masing. Contohnya, memakai tali leher, jaket profesional, tudung atau brooch yang melambangkan IPT masing-masing. Perkara sebegini dapat memberi sedikit kelainan dan menggalakkan budaya kerja yang ceria.