Seperti yang kita tahu, entrepreneurial thinking adalah idea untuk menjana pendapatan Universiti. Di sini, saya ingin mencadangkan supaya UTM mewujudkan pusat penjilidan tesis di UTM KL kerana tiada pusat tersebut di sekitar kawasan UTM KL. Ini penting kerana terdapat pelajar-pelajar ijazah sarjana muda dan ijazah lanjutan dari MJIIT, UTM Razak School dan lain-lain. Di tahun akhir, mereka diwajibkan untuk melaksanakan projek sarjana muda (PSM) ataupun projek sarjana. Mereka berdepan dengan kesulitan untuk menjilid tesis dan terpaksa pergi ke UTM Johor Bahru untuk membuat hardcover tesis mereka.
Penubuhan pusat ini sebenarnya selain mengatasi masalah di atas, ianya juga dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada tersalah format (warna, font dan sebagainya) apabila melakukan penjilidan. Selain itu, pusat ini boleh digunakan oleh pelajar-pelajar ijazah di UTMSPACE. Selama ini, pelajar-pelajar UTMSPACE juga terpaksa ke UTM Johor Bahru untuk menjilid tesis PSM mereka kerana di sini tiada perkhidmatan tersebut yang betul-betul mengikut format UTM. Secara amnya, penubuhan pusat penjilidan tesis ini dapat menjana pendapatan Universiti.