Saya mencadangkan agar hari senaman untuk staf yang sedang hamil diadakan di UTM sekurang-kurangnya sehari seminggu. Ini adalah kerana tidak ramai yang mengetahui senaman yang sesuai dan betul untuk wanita hamil. Yuran juga boleh dikenakan dengan kadar minimum dan penyertaan boleh dibuka kepada sesiapa yang berminat, terutamanya pelajar atau isteri staf (bukan staf UTM).