Perkhidmatan fotokopi di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) telah membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan permintaan terhadap perkhidmatan tersebut amat menggalakkan. Dicadangkan supaya mesin fotokopi dibeli terus oleh pihak PSZ untuk PSZKL dan dijaga oleh staf PSZ seperti sebelum ini. Diharap pembelian ini dapat menjana pendapatan PSZ khasnya dan pendapatan UTM secara keseluruhannya.