Terdapat banyak ruang dalam UTM yang masih belum digunakan untuk menempatkan mesin layan diri seperti coin public phone, coin locker, vending machine untuk kad prabayar telefon, vending machine untuk makanan dan minuman, vending machine untuk kertas tisu dan sebagainya. Tempat yang sesuai boleh digunakan untuk menempatkan mesin-mesin tersebut bagi memenuhi keperluan komuniti UTM. Di samping itu, pihak universiti dapat menjana kewangan daripada bayaran sewa oleh pembekal yang menyediakan perkhidmatan, tanpa perlu mengeluarkan modal. Tempat-tempat yang strategik adalah seperti masjid, perpustakaan dan balai pengawal di mana ianya menjamin keselamatan mesin-mesin berkenaan.