Pada masa kini, perkhidmatan perpustakaan di UTM amat diperlukan oleh pelajar-pelajar. Dalam zaman yang serba canggih ini, pelajar memiliki gadget yang amat bernilai seperti smartphone dan laptop. Dicadangkan kemudahan coin locker ditempatkan di perpustakaan bagi menjaga keselamatan barangan kepunyaan pengguna (elakkan daripada kecurian). Begitu juga dengan public phone, kemudahan ini masih belum ada di PSZKL. Diharap pihak Universiti dapat menyediakan perkhidmatan ini untuk kemudahan pengguna perpustakaan.