Jumlah staf akademik (lantikan kontrak) bukan warganegara yang melapor diri sejak kebelakangan ini amat menggalakkan. Dimaklumkan bahawa surat lantikan adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi dokumen-dokumen lain seperti Borang SMS(SB)-01, SMS(SB)-02 dan sebagainya yang perlu diisi oleh staf adalah dalam Bahasa Malaysia. Ini tidak wajar kerana mereka ini tidak faham Bahasa Malaysia. Diharap pihak pentadbiran dapat mengambil inisiatif agar semua borang yang sedia ada dibuat “dwibahasa” untuk kegunaan staf warganegara dan bukan warganegara. Walaupun perkara ini dianggap remeh-temeh tetapi ia mencerminkan pentadbiran Universiti yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan.

UTM Open Day