UTM merupakan universiti ternama di Malaysia, malahan telah dikenali secara global. Kita kini memiliki ribuan pelajar pascasiswazah tempatan mahupun antarabangsa.

Justeru, saya cadangkan agar Perpustakaan Sultanah Zanariah dibuka 24 jam. Ini bukan sahaja menggalakkan budaya ilmu malahan mampu menjadi contoh kepada universiti tempatan yang lain. Jika universiti luar negara dapat menyediakan perpustakaan 24 jam kepada pelajar, maka sudah tiba masanya untuk UTM melakukan perkara yang sama. Semoga dengan ini dapat menarik minat lebih ramai pelajar UTM untuk meningkatkan kualiti penyelidikan, di samping mewujudkan waktu operasi yang lebih fleksibel kepada pelajar penyelidikan kita.