Emel dan ID untuk akses sistem-sistem online (HR, Finance, e-learning) adalah penting bagi setiap warga UTM dalam urusan harian sama ada pengajaran, pentadbiran atau akademik, tetapi untuk mendapatkan sistem ID tersebut adalah sesuatu yang menyukarkan – perlu mencari maklumat, berurusan dengan pelbagai jabatan sebelum diberikan ID/emel. Ini menjejaskan urusan kerja harian staf.
Cadangan saya dipermudahkan dengan membuat integrasi sistem ID dan urusan automatik apabila staf melapor diri, semua ID dan emel sudah digenerate dan boleh digunakan serta-merta.