Staf/pelajar UTM semua telah merantau ke pelusuk dunia, melalui program seperti GOP, lawatan, termasuklah mendaki gunung Everest.
Saya cadangkan supaya pengalaman, tips, dos and don’ts, kutipan ilmu berkenaan dikomersilkan melalui travelog UTM. Tuliskanlah dalam bahasa yang ‘persuasive, witty, meaningful’ dan cuba komersilkan.
Penerbit boleh bekerjasama dengan para penulis yang boleh menterjemahkan pengalaman itu ke dalam bentuk yang seronok dibaca, dan ianya ditulis dan diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, sesuai untuk semua peringkat umur.
Royalti dibahagi 3, iaitu penulis pengalaman/PTJ berkenaan, Penerbit UTM dan Tabung Endowmen atau mana-mana tabung UTM.