Saya mencadangkan supaya diwujudkan kad debit untuk siswa UTM bagi memudahkan urusan pelbagai bayaran tanpa perlu menggunakan wang tunai. Contoh sedia ada adalah kad fotostat di PSZ yang boleh diisi semula setelah kredit habis digunakan.
Di Australia (contohnya Curtin Univ) tempohari, saya melihat para pelajarnya tidak perlu membawa cash untuk urusan bayaran. Mereka hanya perlu pastikan kad debit mereka mempunyai nilai yang mencukupi untuk membuat bayaran. Di setiap lokasi strategik, pelajarnya boleh menyemak baki dan membuat bayaran, menambah nilai di setiap lokasi berkenaan melalui mesin yang disediakan (seperti mesin parking di shopping mall). Maka, urusan seperti bayaran denda, interlibrary loan, fotostat, bayaran yuran, bayaran saman dan sebagainya dapat dibuat dengan cepat. Ianya juga mempercepatkan/memudahkan kerja staf di kaunter tanpa perlu menyemak, menyimpan wang tunai dalam peti besi seperti sekarang (di PSZ contohnya, petugas malam perlu menyimpan duit di dalam peti besi, tandatangan buku, tandatangan sampul tempat simpan duit dan lain-lain).