Saya mencadangkan supaya diwujudkan:
(1) Commercialized Thesis: Tesis yang bagus dikomersilkan melalui MoU dengan UMI Thesis and Dissertation. Royalti bolehlah dibahagikan antara penulis asal, pengurus bahan dan UTM.
(2) Thesis Portal: Setiap tesis ada senarai rujukan. Dapatkan kerjasama pelajar/penyelidik (yang berminat dan mereka ini diberi ganjaran/insentif atas usaha berkenaan) untuk mengumpul semua pdf bagi rujukan penyelidikan mereka dan pakejkan. Justeru, sesiapa yang membuat tajuk yang hampir sama boleh membeli pakej tersebut. Walau bagaimanapun, pengkomersilan mesti mengambil kira akta hakcipta dan pembekal bahan asal berkenaan.