Saya mencadangkan supaya Pengurusan UTM (semua Timbalan Naib Canselor, Bendahari dan Pendaftar) diberi peluang untuk memberi taklimat tentang hala tuju bahagian masing-masing dari segi visi dan misi. Ini akan membantu untuk menerangkan implementasi bagaimana hendak mencapai matlamat sebagai Universiti Penyelidikan berkelas dunia.
Taklimat dan penerangan boleh dilakukan setiap bulan. Selain itu, Dekan-dekan juga patut diberi peluang untuk menyampaikan taklimat ringkas tentang perkembangan dan perancangan masa depan setiap fakulti (mungkin 15 minit, 3 atau 4 orang Dekan).
Perancangan kewangan, prosedur dan sebagainya serta kebajikan staf dan laluan kerjaya juga sepatutnya dibentangkan oleh Pejabat Pendaftar supaya staf sedar akan keperluan naik pangkat dan boleh membuat perancangan yang sesuai.
Natijahnya maka Datuk Naib Canselor tidak perlu memberi terlalu banyak taklimat dan penerangan, di samping membolehkan pegawai kanan Universiti berkongsi idea dan perancangan mereka untuk merealisasikan matlamat Universiti yang kita sayangi.