Saya cadangkan format sebarang dokumen rasmi atau tidak rasmi diubah supaya lebih mesra alam.

Pelaksanaannya adalah dengan mengubah saiz tulisan, jarak antara baris ayat/perenggan/margin. Ini dapat menjimatkan masa membaca dan kertas jika dicetak atas kertas. Contohnya, dokumen sebanyak 7 muka surat boleh diubahsuai menjadi 4 muka surat.

Langkah ini banyak dilakukan di negara maju seperti Jepun yang sangat komited dalam mempraktikkan langkah-langkah untuk lebih mesra alam.

Perubahan ini selaras dengan usaha untuk menjimatkan penggunaan kertas, seterusnya menyelesaikan masalah pemusnahan alam sekitar yang meruncing.