Pada setiap semester, jumlah pelajar yang akan menamatkan pengajian adalah melebihi 2000 orang, iaitu pelajar yang mengikuti ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Kesemua pelajar ini akan menghasilkan tesis dan jumlah yang perlu dijilid adalah mengikut peringkat pengajian. Secara purata, 4 tesis akan dicetak di mana kos mencetak dan menjilid satu tesis adalah RM20. Secara kasar, jumlah perbelanjaan pelajar mencetak dan menjilid tesis adalah berjumlah ~2000 orang X 4 tesis X RM20 = RM160,000 dan jumlah ini adalah jumlah wang ‘dari’ UTM akan mengalir keluar. Jika dapat disediakan satu pusat khidmat mencetak dan menjilid tesis yang digerakkan oleh mahasiswa (bekerja separuh masa), ia akan memberi tiga manfaat secara terus: 1. Wang warga UTM mengalir di dalam UTM; 2. Peluang pekerjaan kepada pelajar; dan 3. Keuntungan akan disalurkan ke tabung endowment.

Untuk memulakan, kepakaran dan kemahiran menjilid tesis perlu diperoleh dengan mendapat khidmat nasihat dari kedai percetakan.

Warna dan rekabentuk tesis yang lebih kreatif juga boleh diketengahkan dan ini akan menjadi UTM mengawal secara mutlak bahan-bahan, kod warna tesis tersebut.

Wallahu’alam