Kemudahan/fasiliti di UTM antara yang paling lengkap jika dibandingkan dengan universiti-universiti tempatan yang lain. Malah bilangan dan pelajarnya juga adalah antara yang tertinggi. Sudah tentu bilangan kenderaan juga bertambah di kalangan staf dan pelajar-pelajarnya.

Memandangkan bilangan kenderaan yang banyak di dalam kampus UTM, saya ingin mencadangkan agar diwujudkan sebuah stesen minyak yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan kemudahan para staf dan pelajar. Dengan keluasan yang amat besar, tidak mustahil pelajar sukar untuk mendapatkan minyak kenderaan di kawasan setempat dan terpaksa menggunakan stesen-stesen minyak di kawasan luar dan berhampiran.

Banyak kelebihan kemudahan ini – memberi kesenangan kepada para staf dan pelajar UTM khususnya, di samping dapat meningkatkan pendapatan universiti.