Memandangkan UTM mengarah kepada konsep ‘Sustainability’, saya merasakan perlu diwujudkan tempat-tempat yang menyediakan ‘recycle bins’ secara lebih meluas. Saya yakin, seperti saya, ramai yang mahu mengamalkan kitar semula tetapi terhindar oleh ‘recycle bins’ yang teramat jarang untuk dijumpai. Jika tidak ada usaha sendiri untuk mengumpul, ramai yang memilih untuk buang sahaja ke dalam tong sampah biasa.

Di universiti tempat saya belajar sebelum ini, recycle bins boleh dijumpai di mana-mana dalam kampus universiti. Sekurang-kurangnya satu di setiap tingkat bangunan, di kafe, di setiap pejabat atau lebih baik di setiap tempat yang disediakan tong sampah. Ia amat menggalakkan sikap untuk kitar semula. Saya yakin ia boleh menjadi contoh yang baik untuk UTM.

Jika memikirkan ruang, tidak perlu tong yang besar seperti yang kita biasa lihat, hanya cukup sekadar saiz tong sampah yang biasa memandangkan sampah memang dikutip setiap hari oleh pihak ‘cleaner’. Ini akan lebih menggalakkan sikap untuk kitar semula.

Apabila wujudnya sistem ini dan semestinya dengan kempen yang berterusan, UTM juga boleh mendapat manfaat dengan mengumpulkan ‘recycle items’ dan menjualkannya kepada pihak berkaitan, selain mendapat persekitaran yang lebih sihat.