Saya ingin mencadangkan kepada pihak Pengurusan UTM untuk memasukkan nombor tempat duduk di dalam slip menduduki peperiksaan. Ini adalah untuk:
1. meningkatkan kualiti pengurusan peperiksaan di UTM.
2. menjaga kualiti jawapan yang diberikan oleh calon peperiksaan.
3. seiring dengan pengendalian peperiksaan di peringkat kebangsaan semasa menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
4. mengelakkan kes peniruan dan penipuan di kalangan calon peperiksaaan.

Moga cadangan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak atasan UTM.

Terima kasih.