Saya mencadangkan agar yuran konvokesyen dimasukkan ke dalam yuran pengajian pelajar dan diagihkan pada setiap semester pengajian. Contohnya, jika yuran konvokesyen berjumlah RM200, bagi tempoh 8 semester pelajar hanya perlu membayar RM25 setiap semester. Dengan itu, setiap graduan tidak perlu lagi membayar yuran bagi menghadiri konvokesyen. Antara kelebihannya:

1. Mengurangkan beban kewangan kepada graduan. Untuk menghadiri konvokesyen, banyak wang perlu dikeluarkan seperti kos pengangkutan dari kampung, penginapan, makanan, cenderahati dan sebagainya. Graduan yang baru menamatkan pengajian tidak semuanya sudah mempunyai sumber pendapatan yang baik.

2. Graduan akan terasa lebih dihargai seolah-olah pihak Universiti telah memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka bagi meraikan hari bersejarah mereka. Malah, gambar konvokesyen juga seolah-olah dihadiahkan oleh pihak Universiti.

Sekian.

Terima kasih.