Mohon pihak Universiti untuk mempertimbangkan penyediaan canopy yang tetap di hadapan Dewan Sultan Iskandar berhampiran Masjid Sultan Ismail dan juga sekitar Dataran Agora untuk kegunaan umum seperti majlis konvokesyen (ruang menunggu bagi tetamu), ruang menunggu jemaah solat pada hari Jumaat, pelbagai majlis (seperti sambutan hari raya), tapak jualan, dan pelbagai lagi penggunaannya yang meluas seperti mana yang telah didirikan di hadapan Dewan Besar UTMKL. Ini dapat mengoptimumkan penggunaannya serta membawa manfaat kepada umum.