Sempena konvokesyen, setiap graduan (dan ahli keluarga) mencari tempat/lokasi/spot yang sesuai, terutamanya yang ada logo UTM, sebagai latar belakang untuk bergambar bagi mengabadikan perasaan bangga dan gembira. Sudah pasti gambar-gambar ini akan ditatap pada masa hadapan dan ditunjuk kepada sanak saudara dan rakan-rakan.

Idea:

Bina satu “Dataran Konvokesyen” yang sangat menarik dengan dinding berlogo UTM dan ditulis dengan besar dan jelas… “Sebagai Membalas Jasamu, Aku Berjanji untuk Menyumbang kepada Tabung Endowmen UTM”.

Ditulis dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (bagi setiap dinding).

Prof. Md Nor Musa 8.4.2013 - Copy