Assalamualaikum.
Kemeriahan dalam kampus UTM amat terasa apabila tiba musim konvokesyen dan pendaftaran pelajar baru. Aliran trafik yang meningkat dan tetamu yang berjalan kaki dapat dilihat di mana-mana. Seringkali juga kita lihat tetamu warga emas (ada yang bertongkat) berjalan kaki dari tempat letak kereta menuju ke destinasi utama, terutamanya ke DSI.
Justeru, saya mencadangkan agar UTM menyediakan kemudahan ‘Buggy Train’ untuk kegunaan tetamu-tetamu kita ini bergerak dari tempat letak kereta ke DSI. Mungkin juga dari DSI/parking ke pesta konvo. ‘Buggy Train’ tersebut boleh juga dihias dengan ciri-ciri/identiti unik UTM.
Selain untuk kegunaan majliis-majlis besar, boleh juga untuk membawa tetamu-tetamu ke lokasi menarik sekitar kampus UTM.