Pada masa ini, kaedah bayaran bagi urusan konvokesyen hanya boleh dibuat secara dalam talian [internet banking] . MAJORITI rakan-rakan pelajar mengalami masalah untuk membuat bayaran bagi yuran konvokesyen atas sebab-sebab tertentu seperti tiada akaun internet banking, atau tiada kad kredit/debit. Ada juga yang mengalami masalah tidak berjaya melakukan transaksi beberapa kali.

Saya sendiri mengalaminya dan hanya cubaan ke-4 baru saya berjaya melakukan transaksi untuk bayaran yuran berkenaan.

Transaksi bayaran melalui fpx memerlukan proses yang panjang dan amat mengecewakan jika di hujung proses, transaksi tidak berjaya dilakukan dan perlu mengulangi proses yang sama.

Bagi tujuan menambah baik tahap kepuasan pelanggan, adalah baik sekiranya kaedah bayaran yuran konvokesyen ini dipelbagaikan seperti di kaunter bendahari pelajar, melalui “cash deposit machine” atau kaedah lain yang difikirkan bersesuaian. Ini secara tidak langsung memberi pilihan/kepuasan kepada pelajar yang ingin membuat bayaran berkenaan.

UTM Open Day