Pada masa ini, pelajar antarabangsa perlu membayar yuran Skim Kesihatan Pelajar sebanyak RM200/tahun untuk kemudahan rawatan di PKU dan rawatan di Hospital Kerajaan. Mereka juga perlu bayar RM460/tahun untuk insuran kelompok yang menanggung rawatan di hospital swasta (jika masuk wad), pampasan kematian dan hilang upaya, dan pampasan pengurusan dan penghantaran pulang jenazah.

Semakan kami menunjukkan bahawa yuran Skim Kesihatan tidak cukup untuk menanggung perkhidmatan pelajar antarabangsa di PKU dan Hospital Kerajaan. Sebaliknya, pihak insuran mendapat keuntungan ratusan ribu Ringgit setahun.

Saya ingin cadangkan supaya digabungkan kedua-dua yuran menjadi Tabung Kesihatan Pelajar Antarabangsa di mana pelajar hanya membayar RM400/tahun. Dengan jumlah pelajar antarabangsa sekarang 4,000 orang, tabung ini akan mengumpulkan dana sebayak RM1.6 juta setahun.

Tabung ini dijangka akan mengumpulkan lebihan dana yang tidak terguna setiap tahun. Ianya akan digunakan untuk meningkatkan manfaat kepada pelajar antarabangasa dan penyumbang endowmen kepada UTM.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) sebagai Pengerusi, Pengarah PKU sebagai Setiausaha dan beberapa ahli lain dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tabung.

Satu unit kecil akan dibentuk untuk menguruskan tabung ini. Unit ini juga akan menguruskan tabung kesihatan pelajar tempatan dan mungkin juga tabung kesihatan staf.