Saya mencadangkan supaya UTM dapat menyediakan perkhidmatan bas (berkapasiti kecil) berjadual (1 jam sekali) secara percuma kepada semua pelajar UTM untuk menghubungkan pelajar dengan pusat komersial di Taman Universiti (contoh: dari perhentian hadapan FAB ke perhentian Jusco Taman Universiti sahaja).

Ini dapat dijadikan satu perkhidmatan istimewa kepada semua pelajar, terutamanya kepada pelajar antarabangsa dan pelajar tahun pertama yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan semasa menjejak kaki mereka di UTM Johor Bahru. Ini juga dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan, pencemaran alam, memudahkan urusan melibatkan pelajar dan lain-lain.

Dengan adanya perkhidmatan seperti ini juga dapat mengurangkan monopoli perkhidmatan kereta sewa di dalam UTM.