Assalamualaikum.

Kita sedia maklum keputusan peperiksaan yang cemerlang amat penting dalam menempatkan seseorang pelajar di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, kepincangan sahsiah pelajar seperti berzina, berjudi, minum arak, berpakaian tidak menutup aurat bagi wanita, free hair dan sebagainya di universiti semakin ketara di kalangan pelajar Islam.

Keseimbangan duniawi dan tuntutan akhirat semakin pupus kerana pelajar hanya berlumba-lumba ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Nilai spritual tiada dalam diri mereka.

Justeru, saya mencadangkan agar UTM menjadi perintis kepada cadangan saya ini, iaitu mewajibkan pelajar Islam yang ingin memohon masuk ke UTM hendaklah fasih membaca Al-Quran dan boleh menghafal surah lazim. Pihak UTM boleh menjalankan kajiselidik di kalangan pelajar UTM dan melihat sendiri betapa ramai pelajar Islam terutama orang Melayu yang tidak tahu membaca Al-Quran dan tidak tahu tajwidnya. Walaupun ujian KAFA /penilaian agama dijalankan di peringkat UPSR, PMR dan SPM di Malaysia, namun pelajar hanya mengafaz surah yang disoal kerana ingin lulus semata-mata tanpa fasih membaca seluruh isi kandungan kitab Al-Quran. Saya telah mempunyai ramai kawan seperti ini. Nilai murni dalam Al-Quran tiada dalam diri mereka. Bagaimana universiti boleh melahirkan generasi yang beriman dan berilmu?

Dicadangkan juga setiap hari sebelum memulakan sesi kuliah atau waktu kerja diamalkan pembacaan Asma Ul-Husna dan doa serta bacaan Al-Quraan selama 5 minit yang dilaungkan oleh Masjid UTM yang boleh didengar oleh seluruh warga kampus UTM.

Sekian, terima kasih.