Assalamualaikum wrt wbt

Saya cadangkan agar Unit Penjanaan Dana Universiti (Pejabat Bendahari)
(a) membuka kemudahan kaunter untuk staf menyemak semula PCB supaya mereka dapat membuat potongan maksimum untuk tabung endowmen. Mereka boleh terus tandatangan setuju untuk membuat potongan gaji dengan pengurangan PCB.
(b) bertindak lebih proaktif (dengan consent staf yang berminat) mencadangkan potongan endowmen dan PCB. Staf hanya perlu menyatakan hasrat melalui telefon atau emel, pihak Bendahari/Unit Penjanaan Dana akan membuat pengiraan (sebagaimana) dan maklumkan/persetujuan staf.