Terdapat banyak fakulti terutamanya unit IT melakukan pelupusan komputer riba untuk digantikan yang baru kepada pensyarah-pensyarah. Pelupusan ini dilakukan dengan cara melupus barangan terpakai dengan harga jualan minimum sebanyak RM50.00 seunit kepada pemegang terkini (berdasarkan Borang Akujanji Pinjaman Komputer Riba Hakmilik UTM).
Idea saya adalah pelupusan ini dibuat secara bidaan. Secara tak langsung ianya akan menambah lagi pendapatan Universiti dan memberi peluang kepada staf sokongan untuk memiliki komputer riba tersebut. Sekurang-kurangnya pihak Universiti dikenang kerana memberi peluang kepada staf sokongan untuk membida komputer riba tersebut dan selaras dengan keinginan Universiti supaya staf sokongan tidak ketinggalan dalam memiliki barang-barang IT untuk sama-sama memajukan UTM. Diharap pihak Universiti dapat menerima idea saya ini demi kepentingan kebajikan staf sokongan.