Dicadangkan agar kad Hari Raya UTM digantikan dengan e-Kad Hari Raya. Ini kerana kebanyakan kad yang diedarkan adalah secara dalaman sahaja. Dengan menggunakan kaedah e-kad Hari Raya, kad boleh dihantar melalui email dan penjimatan dari segi kos mencetak kad dan kos penghantaran boleh dilakukan. Kaedah yang dirasakan bersesuaian ialah:
i. Pihak CICT dan Unit Grafik menyediakan template jenis-jenis kad hari raya.
ii. Gambar-gambar di persekitaran UTM boleh dijadikan muka hadapan template e-kad hari raya. Pengguna boleh memilih gambar-gambar/kad-kad yang hendak digunakan.
iii. Boleh memasukkan ucapan yang ingin disampaikan.
iv. e-kad juga boleh dihantar kepada pihak luar melalui email.
v. dipamer/diletakkan di dalam UTMOnline.