Bagi menyokong dan memperluaskan usaha murni UTM serta menggalakkan sumbangan Endowment UTM di kalangan warga UTM khususnya, saya ingin mencadangkan agar diwujudkan ‘Peti Tabung Endowment UTM’ dengan ‘signboard’ dan diletakkan di depan foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim untuk memudahkan staf/pelajar/pelawat/tetamu Universiti menyumbangkan sedikit dana, sebagai contoh bawah RM50, melalui peti yang disediakan. Dicadangkan juga supaya diletakkan peti endowment di depan kaunter semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memudahkan staf/pelajar/pelawat luar yang ingin menghulurkan sumbangan dana. Hasil kutipan akan dikumpul dan direkod oleh wakil PTJ masing-masing dan diberi kepada Pengurus Penjanaan Dana Universiti.

Terdapat warga UTM ingin memberi sumbangan tetapi jumlahnya tidaklah besar namun jika dikumpul sedikit demi sedikit, hasilnya pasti memuaskan dan memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Sekian terima kasih.

UTM Open Day