Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan satu pusat SOKONGAN penyelidikan berpusat (bukan pusat PENGURUSAN penyelidikan – RMC) sama ada di bawah RMC atau unit baru yang fungsinya untuk memberi sokongan penyelidikan kepada pensyarah dan pelajar. Pusat ini akan menempatkan peralatan, perisian dan kepakaran (boleh ambil pelajar bekerja atau staf fakulti menjadi “adjunct”) yang diperlukan oleh banyak penyelidikan, seperti analisa statistik (SPSS, SAS), analisa data kualitatif (Nudist, Atlas), perlombongan data (MATLAB, Pipeline Pilot), pemprosesan selari (Windows cluster, UNIX cluster), penulisan (EndNote, pakar penulisan) dan sebagainya. Boleh juga kemudiannya diperkembangkan kepada struktur T, di mana selain bentuk-bentuk sokongan umum, boleh diperluaskan kepada sokongan mengikut bidang (contoh: perisian-perisian untuk pemprosesan data biologi, perisian-perisian pengaturcaraan seperti Java, Phyton) dan lain-lain.
List of Ideas by Months
Latest Submitted Ideas
- PENDIGITALAN SIJIL ANUGERAH DEKAN PELAJAR
- 3 suggestions for CQI in UTM
- Senarai kedatangan pelajar dalam Sistem Class Attendance
- PENETAPAN KLINIK PANEL YANG FLEKSIBEL
- Apply stker kenderaan menggunakan data yang ada.
- Daily reminder for the UTM students
- Penubuhan Yayasan Kecemerlangan UTM
- Arked system/apps
- RV park
- GPS track fleet apps
- RV park
- Centralised ATM at center point