Proses permohonan jawatan di UTM memerlukan tempoh yang lama. Bagi kebanyakan pemohon di luar sana, mereka memerlukan status permohonan mereka sama ada layak untuk temuduga atau tidak dan sama ada mereka berjaya di dalam temuduga atau sebaliknya.

Pada masa ini, permohonan jawatan di UTM dibuat secara dalam talian dan itu amat memudahkan para pencari pekerjaan di luar sana. Walau bagaimanapun, proses semakan (layak dipanggil temuduga atau berjaya di dalam temuduga) tidak terdapat di dalam sistem permohonan berkenaan.

Dicadangkan, bagi meningkatkan kualiti penyampaian (bagi proses pengambilan staf), adalah baik jika proses semakan temuduga ini dapat diwujudkan agar para pemohon dapat menyemak status permohonan jawatan mereka di samping memudahkan mereka untuk membuat perancangan seterusnya jika mereka berjaya atau sebaliknya.

 

 


UTM Open Day