Saya ingin mencadangkan supaya pihak Universiti mengadakan kelas berenang untuk keluarga staf /orang luar. Boleh dikategorikan kelas renang untuk bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada masa sekarang, hanya diadakan untuk staf dan pelajar dan kelas renang yang terdapat di Johor Bahru adalah terhad. Ini secara tidak langsung dapat membantu membiayai penyelenggaraan kolam renang di samping kemudahan kolam renang UTM dapat digunakan sepenuhnya.