Memandangkan kegiatan berbasikal di dalam UTM semakin mendapat sambutan dan bagi mencapai eco green di dalam kampus, saya mencadangkan supaya diadakan laluan basikal bagi menjaga keselamatan mahasiswa, staf dan pegawai-pegawai kita sendiri.
Dengan adanya laluan basikal ini, secara tidak langsung staf sendiri akan membawa keluarga beriadah dengan berbasikal dan juga akan mengurangkan penggunaan motosikal dan kereta di dalam kampus. Lebih ramai mahasiswa akan pergi ke tempat kuliah dengan menaiki basikal sahaja.