Saya ingin mencadangkan agar mesyuarat rutin/berkala yang melibatkan staf UTM JB dan UTM KL dibuat secara sidang video. Banyak aplikasi Internet yang menyokong sidang video ini seperti Skype, Facebook, Google Talk, Line dan sebagainya.

Pergerakan staf UTM KL ke UTM JB dan sebaliknya melibatkan kos/impak yang banyak – tiket penerbangan, pemandu, elaun lebih masa dan sebagainya. Jika pelaksanaan sidang video ini dapat dilaksanakan, penjimatan yang tinggi akan dapat dicapai.

Tindakan bagi idea ini adalah:
– menaiktaraf bilik sindiket/wujudkan bilik sidang video yang dilengkapi peralatan seperti webcam, skrin/monitor besar, speaker dan mikrofon.
– mewujudkan webpage/aplikasi/sistem agar semua staf boleh menggunakan sistem ini untuk tujuan sidang video dengan mudah. Satu akaun umum di Skype, Facebook, Google Talk dan Line boleh diwujudkan untuk memudahkan proses.