Online Technician Logbook boleh dibangunkan sebagai pemantauan kerja yang telah siap dan belum siap oleh Ketua Makmal/Penyelia/Ketua Unit dan sebagainya. Juruteknik dikehendaki mengisi kerja mereka melalui web supaya ketua mereka dapat memantau kerja harian mereka dari mana-mana sahaja.

Sistem ini perlulah bertindak secara dua hala, di mana pihak ketua dapat memberi komen atau teguran secara online. Di samping itu, staf boleh memilih untuk mencetak kerja harian apabila mengisi laporan SKT mereka. Ini kerana ada masanya staf lupa tarikh menghadiri kursus, seminar dan sebagainya.