Salam,

Saya ingin mencadangkan PSZ menghantar emel peringatan secara automatik kepada peminjam buku untuk memperbaharui pinjaman atau memulangkan buku apabila tempoh pinjaman hampir tamat (contohnya tinggal 3 hari). Ini dapat mengelakkan peminjam terlupa dan terpaksa membayar denda. Saya yakin PSZ mempunyai pangkalan data emel pengguna PSZ bagi tujuan tersebut.