Salam semua.
Saya ingin mencadangkan supaya Unit Berbasikal, pasukan keselamatan menggantikan basikal dengan kenderaan bermotor yang mesra alam.
Kita mempunyai jurutera-jurutera yang hebat dan pensyarah-pensyarah yang menjalankan penyelidikan yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dengan adanya pakar-pakar berkenaan, saya percaya Universiti mampu menghasilkan sesuatu kenderaan yang boleh digunapakai oleh Unit Berbasikal.
Antara kebaikannya adalah seperti berikut:
1. dapat menjimatkan kos penyelenggaraan basikal-basikal sedia ada.
2. dapat menjimatkan masa ke sesuatu tempat seandainya ada kecemasan yang memerlukan staf sampai ke tempat kejadian dengan kadar segera.
3. dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada pasukan keselamatan berbasikal.
4. dapat menunjukkan bahawa UTM mempunyai idea yang amat kreatif, sekaligus dapat mempromosi hasil ciptaan staf sendiri (promosi percuma).
5. mungkin kenderaan ini boleh dipasarkan kelak kepada pihak yang berminat.
As salam.