Assalamualaikum wbt
Saya Wan Abidin dari Unit Keselamatan UTMIC, KL.
Cadangan/pendapat:
Setiap aktiviti dalam UTM perlu ada tabung endowment (tabung ikhlas/ihsan). Contohnya, majlis perhimpunan bulanan NC, kursus jangka pendek oleh Fakulti/PTJ kepada pihak luar, Syarahan Perdana dan Kursus Induksi serta lain-lain yang difikirkan sesuai. Disediakan sepanjang tempoh majlis/kursus. Petugas/urusetia bertanggungjawab kepada tabung tersebut.
Pada hari pertama sebelum majlis bermula (masa 5 minit pertama), urusetia mengumumkan lokasi tabung dan objektif/tujuan tabung tersebut. Cadangan lokasi adalah di depan pintu masuk bilik kuliah, dewan atau terus kepada urusetia. Sumbangan kepada tabung boleh dalam bentuk tunai atau cek. Staf, VVIP, pelawat/mahasiswa/i serta orang awam yang hadir boleh menyumbang dan lagi cepat menambah jumlah kutipan endowment UTM.