Adalah dicadangkan geran universiti penyelidikan (GUP) dipecahkan kepada 2 bahagian, iaitu geran bagi penyelidikan dan yang kedua geran pembelian alat. Siling untuk geran alat sekitar RM250,000 dan keutamaan diberikan kepada mereka yang masih baru (PhD < 5 tahun). Ini dapat memberi peluang kepada yang baru menghabiskan PhD untuk menjalankan penyelidikan baru, yang mana peralatan yang diperlukan terutamanya melibatkan teknologi yang belum ada di UTM dapat dibeli. Ini memandangkan penyelidik baru tersekat disebabkan ketiadaan peralatan yang sesuai dan kekurangan saluran sesuai untuk mereka mendapatkan alat. Pada pengalaman saya, kebiasaannya hanya profesor atau mereka yang telah dikenali dalam penyelidikan berpeluang untuk memperolehi alat yang mahal melalui saluran sedia ada.