Dicadangkan agar Unit Latihan mewujudkan satu kaedah latihan kepada staf sokongan/teknikal dalam bentuk pertukaran tempat bertugas secara dalaman untuk tempoh antara 3 hingga 6 bulan.
Sebagai contoh, Pembantu Tadbir (P/O) yang bertugas di fakulti membuat pertukaran dengan Pembantu Tadbir (P/O) di unit/bahagian/fakulti lain.
Ianya untuk memberi pendedahan kepada staf terhadap persekitaran kerja di tempat lain. Selain itu, ianya juga merupakan salah satu kaedah yang boleh membantu UTM yang ketika ini dalam proses melaksanakan pertukaran staf pada masa akan datang.