Kawasan letak kenderaan di Bangunan Pentadbiran tiada identifikasi, menyebabkan sukar untuk mengenalpasti lokasi. Contohnya kita sering mendengar, “tempat paling atas sekali, parking di bahagian belakang, dekat dengan Pejabat Pos, dekat dengan CIMB, sebelah bawah menghadap padang dan pelbagai lagi deskripsi untuk menerangkan kepada seseorang.

Saya ingin mencadangkan supaya dibuat signage di tempat letak kenderaan (parking area), contohnya mengadakan sistem identifikasi melalui warna, abjad, abjad dan nombor (alphanumeric), nama flora/fauna yang sesuai atau nama-nama lain yang boleh diperoleh melalui sumbang saran. Konsep 5S boleh diterapkan di sini. Nampak kecil, tapi amat bermakna dan banyak membantu pelbagai pihak.