Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan laman facebook Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UTM dengan justifikasi berikut:

1) Memudahkan warga UTM membuat aduan berkenaan OSHE;
2) Membolehkan pengadu memuat naik gambar-gambar sebagai bukti aduan;
3) Mewujudkan suatu platform diskusi yang membincangkan isu-isu OSHE; dan
4) Membolehkan Unit OSHE berkongsi maklumat berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan dengan semua warga UTM.

Sekian, terima kasih.