Assalamualaikum,
Saya merupakan pengunjung setia Taman Rusa UTM. Setiap hujung minggu, saya akan membawa keluarga untuk melihat rusa-rusa di sana. Masalahnya sekarang ini, kesukaran untuk meletakkan kereta di ruang bersebelahan dengan tempat makan rusa. Kebanyakan pengunjung akan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan, yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas dan juga membahayakan keselamatan pengunjung. Oleh itu, dicadangkan kepada pihak Pengurusan UTM supaya dapat menyediakan ruang parkir bersebelahan dengan tempat makan rusa (berdekatan dengan pondok pengawal) bagi memudahkan pengunjung melawat Taman rusa UTM. Satu cadangan lagi supaya dapat disediakan tempat bagi membeli rumput untuk diberi makan kepada rusa. Kalau ada perkhidmatan ini, rasanya ramai pengunjung akan datang membawa anak-anak kecil mereka untuk memberi makanan (rumput) kepada rusa tersebut.
Sekian, terima kasih.