Saya mencadangkan, untuk penambahbaikan sistem pejabat pos dalam kampus yang ‘kekurangan’ orang:

IDEA 1
Pejabat Pos bekerjasama dengan kedai-kedai di UTM seperti kedai fotostat di sebelah CIMB dan minimart-minimart di arked-arked untuk menjual setem, sampul Pos Ekspres dan juga Pos Laju.

Kebaikan:
i) Mahasiswa tidak tertumpu hanya di bangunan SUB dan membuang masa beratur panjang semata-mata membeli setem 80 sen dan lain-lain kerana menunggu orang membayar bil.

ii) Kenderaan pelajar tidak disaman kerana parking di bahagian Pentadbiran pada waktu kerja.

iii) Memudahkan pelajar mendapatkan setem dan lain-lain, khasnya bagi mereka yang tidak berkenderaan, pelajar yang tinggal di kolej lingkaran luar dan pelajar dari fakulti yang terletak jauh dari SUB.

 

IDEA 2
Menyediakan stamp vending machine (seperti mesin jual air tin) yang menjual setem, sampul Pos Ekspres dan Pos Laju. Sebagai Universiti Teknologi dan Research University, kita wajar tunjukkan teknologi terkini.

 

“DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”