Saya ingin mencadangkan agar pihak UTM menyediakan sistem kad pintar elektronik yang mampu berfungsi sebagai ‘touch n go’, terutamanya untuk pembelian barangan/makanan di Arked. Ini dapat mengurangkan masa pembayaran di kaunter dan bagi warga tua dan ibu-ibu mengandung, tidak perlu berdiri terlalu lama serta tidak perlu lagi berasak-asak dengan pengunjung lain.

Selain itu, penggunaan kad tambah nilai ini dapat memngurangkan risiko keciciran wang serta tidak perlu lagi membawa wang yang banyak ketika pembelian barang/makanan.