Pemanduan yang selamat bukan sahaja bermula daripada sikap pemandu di jalan raya, malahan ia juga boleh disebabkan oleh persekitaran pemanduan yang selamat melalui tanda jalan yang lengkap mahupun aksesori jalan raya yang dipasang dengan objektif mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tertentu.
Merujuk kepada isu yang sama, simpang empat di kawasan berbukit berhampiran bangunan P10 merupakan sebuah check point yang amat merbahaya tanpa cermin kanta cembung dipasang di titik X di antara simpang yang melintas dari Jalan Kolam dan Jalan Kempas 1, menghala naik ke bukit Jalan Satelit. Bukan sahaja pernah melihat dengan mata sendiri, beberapa situasi kenderaan dari lingkungan ilmu menghala ke Jalan Kempas naik dengan laju tanpa dapat dikesan oleh pemandu dari Jalan Kolam menghala ke Jalan Satelit, malahan saya sendiri pernah mengalami kejutan yang sama.
Akibat daripada situasi tersebut, saya merasa bertanggungjawab untuk mencadangkan kepada pihak UTM agar memasang cermin kanta cembung di atas check point simpang tersebut dengan objektif membantu pemanduan yang lebih selamat di kalangan pemandu-pemandu yang melalui kawasan tersebut.
Tindakan ini perlu dilakukan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada staf, pelajar mahupun pelawat yang datang ke UTM.
Sekian pandangan daripada saya, wassalam