Kawasan UTM ini telah berpagar di sekelilingnya, namun kawasan UTM sangat luas dan besar. Dengan ini saya cadangkan agar meletakkan nombor perimeter di setiap 500 meter dari pagar ke pagar luar kawasan UTM agar memudahkan pihak penguatkuasa Keselamatan UTM bertindak terus (menuju ke tempat kejadian dengan lebih cepat dan pantas),  jika berlakunya sesuatu kejadian seperti pencerobohan dan kebakaran.
Cadangan: Sediakan peta keseluruhan UTM dengan bahagikan kepada zon-zon dan berikan nombor perimeter setiap zon berkenaan.